NA$ Ft HIGHRULE & BENZOOLOO - Sederhana | hiphoplib blog

NA$ Ft HIGHRULE & BENZOOLOO - Sederhana


S.I.M.P.L.E
Sederhana, itu yang aku cari
Tidak keterlaluan bila dalam haluan
Kerna kriptik akan kekal kritik

Bon appetit, selamat menjamu selera
Sederhana aku bukanlah sengaja
Satu kali atau dua kali ganda
Aku tetap akan pilih yang mana sederhana

[Highrule]
Aku juga punya mimpi yang diimpikan
Bukan dari keturunan orang-orang senang
Dan orang yang susah teruskan berusaha
Bukan pangkat diraja O.B orang berada

Masih dikaki lima berserba asal ada
Selalu diterima apa yang diberinya
Tidak punya apa-apa, apa lagi istana
Ikut saja putaran sejuk itu getaran

Bukan lagi di jiwa, petikkan bunyi gitar
Buang gaya meliar, soal sebenar
So wild dunia bukanlah selamanya
Semoga dibekalkan bekalan berkekalan

Sampai tiba masa tiada erti penyesalan
Masalh, ini cuma pesanan bentuk dalm ringkasan
Listen cuba hadam, renung dan tenungkan
Kepala tak berbantal badan tidak bertilam

Menuju bertujuan berhenti perhentian
Mana-mana santai biar kotor lantai
Stay safe line clear yang boleh we stay high
Keep the rule no fool takut ayat go lie

More walk less talk jangan block my way
Guna cara highway highrun di runway
Masih lagi on way mencari makan untuk hidup
Bukan hidup untuk makan

[Chorus]
S.I.M.P.L.E
Sederhana, itu yang aku cari
Tidak keterlaluan bila dalam haluan
Kerna kriptik akan kekal kritik

Bon appetit, selamat menjamu selera
Sederhana aku bukanlah sengaja
Satu kali atau dua kali ganda
Aku tetap akan pilih yang mana sederhana

[NA$]
Hidup, rumit kalau difikirkan
Merumitkan lagi dengan bermacam dugaan
24 rangkap, aku cuba ungkap
Apa yang terperngkap di jalan gelap

Kadangkal ku toleh kebelakang
Samapi terlepas pandang dengan apa yang di depan
Baru ku sedar, hidup penuh ujian
Kalau bijak langkah diatur boleh lulus dengan merkah pujian

Sederhana, jadi ku adaptasi suasana
Memang kurang dana jangan cuba datang menghina
Ku tanya bagaimana semakin banyak rahasia
Jadi apa pun perisanya aku sanggup merasa

Sebab ramai yang masih di sini
Ada hati jarang jaga hati
Biar kais pagi asal ku senang hati
Bekalkan kais petang ku bawa sampai pagi

Kehidupanku semua bersederhana
Tapi belum sempurna dengan irama
Bukan jenama yang ditempah ataupun nama
Cuma ingin perjalanan hidup penuh makna

Pokok yang dulu kosong sekarang dah berbuah
Darei bernasi kosong sekarang lauk berkuah
Kalau dulu sendiri sekarang dalam platun
Dari kertas kosong kini depan mikrofon, CHECK!

[Chorus]
S.I.M.P.L.E
Sederhana, itu yang aku cari
Tidak keterlaluan bila dalam haluan
Kerna kriptik akan kekal kritik

Bon appetit, selamat menjamu selera
Sederhana aku bukanlah sengaja
Satu kali atau dua kali ganda
Aku tetap akan pilih yang mana sederhana

[Benzooloo]
Terkena satu detik aku sesat sesaat
Kenapa aku wujud? apa aku perlu buat?
Adakah hanya untuk isi tempat kosong?
Sibuk cari emas tapi bukan dalam lombong

Konflik sentiasa on fleek
Mungkin sebab itu aku tidak pernah complete
Nampak ruang luas tapi masih sempit
Macam berdiri dalam lif, orang lain himpit

Hidup ini simple kalau pandai simpul
Ambil risiko, jangan tunggu rezeki timbul
Dalam swimming pool bila tidak sibuk
Biar penat kerja tapi jangan penat duduk

Tiada kolam renang boleh lepak tepi sungai
Belakang hutan sana yang banyak daun serai
Semai cita-cita yang sesuai
Boleh juga letak "samurai" di dalam senarai

Apa guna kalau setakat video klip mahal?
Kalau promo gila babi masih tidak juga jual
Bila habis projek, hilang semua modal
Rugi 30 ribu lepas harga kena bundar

Malu, terpaksa keluar negara
Terbang pergi jepun ubah nama kitamura
Ringgit tukar yen, beli kereta murah
Waran merah jambu macam wallpaper Sakura

[Chorus]
S.I.M.P.L.E
Sederhana, itu yang aku cari
Tidak keterlaluan bila dalam haluan
Kerna kriptik akan kekal kritik

Bon appetit, selamat menjamu selera
Sederhana aku bukanlah sengaja
Satu kali atau dua kali ganda
Aku tetap akan pilih yang mana sederhana

Related Posts

0 Response to "NA$ Ft HIGHRULE & BENZOOLOO - Sederhana"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel