Lirik Lagu Benzooloo - Generasi Genius | hiphoplib blog

Lirik Lagu Benzooloo - Generasi Genius

Benzooloo
Benzooloo
[Verse 1]
Manis macam cokelat, lebih cun dari kinder bueno
Dalam bahasa latin purba, akulah "numero uno"
Tapi kalau memang cokelat boleh panggil aku Hershey's
Sebab sejak aku muncul ramai kena diabetes

Ingin jadi rapper dari kecil, berangan-angan dengan kawan
Mama cakap buat saja pergi cari pengalaman
Bapa suruh belajar saxophone, aku belajar S3#s di phone
Simpan buku-buku playboy dalam kotak styrofoam

Jadi the next day aku tanya sama
Pa? Bolehkah aku jadi seorang rapper huh?
Bapa kata, Eh! Mana boleh, kena layan lagu jazz,
Jangan berani tukar genre

Jadi aku merajuk hampir 5 hari
Fobia dengan teguran yang diberikan secara verbally
Dan normally aku lemah dari segi psikologi
Tapi sekarang dewas, mampu berfikir sendiri

[Chorus:]
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

[Verse 2]
Bapa selalu cakap, "kau istimewa
Kau ada sesuatu yang mereka tiada
Jadi jangan hilang itu, kau anak saya
Pasti suatu hari nanti kau dapat piala

Dan aku mula faham apa kata bapa
Di setiap perenggan, di setiap suku kata
Jadi generasi genius, itu yang dia mahu
Kalau ada bakat, buat apa mahu malu?

Jadilah pemangsa, jangan sekali jadi mangsa
Pastikan kau buas kalua jadi raksasa
Bila sampai satu tahap kau jadi juara
Tengok reaksi mereka kembang bulu roma

Tidak pernah goyang lari dari hari baru
Pari-pari datang mari masuk dalam paru-paru
Harap dapat tidur lena, selesa atas bantal
Kalau diri ini degil, biar nakal berakal

[Chorus:]
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Alangkah baiknya kalau macam budak lain
Ada bapa disisi, ketawa sambil bermain
Tapi aku lain macam, sudah anak yatim
Tiada bantuan kewangan, kemana pergi BR1M?

Aku tengok balik filem bapa duduk atas tikar
Dengan baju putihnya, ambil feel main gitar
Air mata mula jatuh, aku lari bersembunyi
Masuk bilik kunci pintu, menangis tiada bunyi

[Verse 3]
Okay bagi aku rokok tidak kisah rokok apa
Sedut karbon oksida hembus ke atmosfera
Tiada pen dengan kertas, boleh pagi aku pensil
Benzooloo karyawan stenografi atas stensil

Biarpun ada tonsil, masih cuba terus rapping
Hidangkan lagu dalam youtube kalau kamu sanggup buffering
#LawalahFamilia, kontrak sampai mati
Rapper 5 bintang, kami buat transformasi

[Chorus:]
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas
Bagi pen dengan kertas, Bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori, tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Baca juga:
  1. Lirik Lagu Benzooloo - Isnin Bikin Bitin
  2. Lirik Lagu Benzooloo - Jangan Itu jangan Ini
  3. Lirik Lagu Benzooloo - Singa Cuma Mengantuk
  4. Lirik Lagu Benzooloo - Pisau cukur
  5. Lirik Lagu Benzooloo - Gelombang

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel