Lirik Lagu Benzooloo - Gelombang
December 9, 2015
![]() |
Benzooloo |
Angkat dua jari untuk tunjuk tanda aman
Jari telunjuk jadi janji, janji tidak merajuk kawan
Tiada menangis lagi, jatuh cecair dari awan
Buat satu antena hantar gelombang pada dunia
Patutnya rasa bangga sebab kita istimewa
Buat budak kecil senyum, orang dewasa kagum
7 billion orang, semua jadi penghubung
Berdasarkan antropologi uji kaji masihi
Manusia suka dipuji disembah cium kaki
Tapi lupa seperkara, mereka hidup sementara
Gunakan masa yang ada cuba kongsi masa dan harta
Macam ensiklopedia ini ideologi idea
Hentikan peperangan, kita boleh ubah dunia
Hidup bagai geometri banyak garis komplikasi
Tapi keraskan hati macam askar dalam infantri
Contohi gergaji, potong semua benda jahat
Kompensasi pada yang susah, gerenti mereka hormat
Hormat pada si penyelamat, penggiat seni masyarakat
Biar ia jadi legenda, kronologi sudah dicatat
Amalkan prinsip terbabit tolong audit tatatertib
Kunci dalam otak, simpan nota dalam poket
Hilangkan rasa dendam, tumpulkan tajam bayonet
Iblis menyamar jadi baju, simpan sembunyi dalam kabinet
[Chorus]
Angkat dua jari untuk tunjuk tanda aman
Jari telunjuk jadi janji, janji tidak merajuk kawan
Sebati jadi jatim jati diri seorang pahlawan
Tiada menangis lagi, jatuh cecair dari awan
Buat satu antena hantar gelombang pada dunia
Patutnya rasa bangga sebab kita istimewa
Buat budak kecil senyum, orang dewasa kagum
7 billion orang, semua jadi penghubung
[Verse 2]
Tiada yang mustahil, kembali zaman jahiliah
Waktu berdetik makin suntuk baru mereka histeria
Sembunyi cari tempat supaya tak dikesan CCTV
Harap semua boleh berjaya itu bermakna kita buat history
Tempat kosong diisi supaya nampak lebih serasi
Jangan nampak bodoh sombong macam kurang edukasi
Kalau kurang medikasi sekurang-kurangnya boleh meditasi
Tidak nampak huru-hara mungkin boleh tamat graduasi
Aku bukan cakap besar, tidak ingin meminta ditabik
Harap dapat penghargaan jadi antara yang terbaik
Beri laluan pada orang lain, mereka kata aku palsu
Biar dorang mekar jadi bunga, aku sanggup lagi jadi pasu
Tujuh billion orang, itu termasuk aku
Hulur tangan jadi penghubung, kita ubah satu-satu
Teruskan saja momentum, harap tidak akan berhenti
Misalnya tidak menjadi boleh cuba dan cuba lagi
[Chorus]
Angkat dua jari untuk tunjuk tanda aman
Jari telunjuk jadi janji, janji tidak merajuk kawan
Sebati jadi jatim jati diri seorang pahlawan
Tiada menangis lagi, jatuh cecair dari awan
Buat satu antena hantar gelombang pada dunia
Patutnya rasa bangga sebab kita istimewa
Buat budak kecil senyum, orang dewasa kagum
7 billion orang, semua jadi penghubung
Angkat dua jari untuk tunjuk tanda aman
Jari telunjuk jadi janji, janji tidak merajuk kawan
Sebati jadi jatim jati diri seorang pahlawan
Tiada menangis lagi, jatuh cecair dari awan
Buat satu antena hantar gelombang pada dunia
Patutnya rasa bangga sebab kita istimewa
Buat budak kecil senyum, orang dewasa kagum
7 billion orang, semua jadi penghubung
Baca juga:
- Lirik Lagu Benzooloo - Isnin Bikin Bitin
- Lirik Lagu Benzooloo - Jangan Itu jangan Ini
- Lirik Lagu Benzooloo - Singa Cuma Mengantuk
- Lirik Lagu Benzooloo - Pisau cukur
- Lirik Lagu Benzooloo - Generasi Genius